dwi bahasa

diikutkan, aku ada meeting hari sabtu pagi, tapi…aku tak pergi. malas ahhh…baik aku tido dan sememangnya aku tak pergi pun. aku tido sampai pukul 9 pagi. nyeh heh heh. cuma dalam keadaan sedar dan tidak, aku teringat nak kena pegi claim sesuatu kat seseorang.

petangnya pulak, aku dengan teman nak ke kebun. ya ha ha. mulanya ingat nak pegi makan mi udang, sekali sold out plak. laksa buyung last kopek pun jadi ler. habis makan, singgah ke kebun, makan buah. kire cam desert la gitu. ada la sampai muak aku makan durian dengan rambutan ni.

oh ye. ni ape tag-tag ni pangga? smart-tag ke? eh, cite pasal smart-tag, lupa aku nak reload kad touch and go aku. dah kering natang tu. kang tak bayar tol pulak esok. ah…esok aje la aku reload. anyway:

21 sifat (kenapa 21???) bakal menantu mak saya. tapi aku nak buat 10 je. nak tido ni, ngantuk.

1. menghormati mak bapak saya. wanita yang sesuai dibuat bini adalah mereka yang menghormati orang-orang tua. so, itu kriteria utama.
2. seorang wanita. well, demm…of kos lah.
3. sharing. sentiasa berkongsi sama ada dari makan hinggalah ke masalah. you scratch my back, i scratch your back.
4. caring. kebajikan memasing mesti diambil kire.
5. tak kisah kalau kena mengurut pinggang saya. saya selalu sakit pinggang.
6. suka memasak/reti memasak. makan kat luar tetiap hari boleh bengkrap.
7. suka mengemas.
8. bergaya. baru sesuai dengan saya yang juga suka bergaya.
9. banyak cakap. sesuai berborak apa sahaja topik.
10. sentiasa backing saya. sebagai satu team, kita mesti backing team mate kita.

sapa yang terbaca tu, korang jadi mangsa aku seterusnya untuk ditag. okeh, tu je. tido dulu ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *