bunga, gambar dan kertas

berat gile bunge tersebut diatas. mungkin sebab dia besar dan ada air. krem gak le tangan aku. tapi takpe. aku tahu ko lagi krem. ha ha. time kasih bebanyak la bro sebab ko datang tengok dengan teman ko dan kasi aku bunga. nanti aku tunggu turn ko plak. aku kasi yang lawa lagi.

anyways, 6/8 haritu, aku dianugerahkan sekeping kertas yang bercop dan bertandatangan. pastu ada tulisan sikit-sikit dan nama aku. hoh. rasa macam bertahun nak dapatkan kertas ni tapi akhirnya berjaya juga. pelan-pelan kayuh bak kata orang-orang tua sekarang. dewan sejuk gile, macam kutub utara. nasib baik aku pakai three piece. majlis toksah cakap la, dari pagi sampai ke petang. dah le aku tak sarapan lagi pagi tu. adeh.

cam biasa, bonda dan ayahanda turun jauh untuk datang tengok. crowd dia, mak aii…pack nak mampos. berpusu-pusu. tapi aku manage. ambik gambar situ, ambik gambar sini. biasalah, jumpa kawan-kawan lama. skandal-skandal lama. ha ha ha. ada lah sampai ke malam lepak. masa nak balik, lecturer aku kasi bawak honda jazz dia. ah, best pulak. rasa macam nak angkut honda jazz la nanti. he he he…

apa nak buat lepas ni? ntah, takde apa. teruskan hidup. lepas ni nak terai dapatkan lagi satu kertas yang bercop dan bertandatangan tu. nak dapatkan sebanyak yang mungkin.

okeh, esok aku cuti. tido dulu…

One thought on “bunga, gambar dan kertas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *