seberang

kalau kita tido dan bangun di katil yang bukan kita sendiri yang punya memang tak selesa. kadang-kala tak lena. yep, itu le yang aku alami beberapa hari lepas. tambah sakit belakang ade la. anyways, beberapa hari lepas, aku kena ke borneo sana nun sebab ada kerja sikit kat sana. kena tengok itu dan ini. bincang itu dan ini. cadang itu dan ini. hoh, penat-penat. panas pulak tu. tapi takpe. demi sesuap nasik.

trip kali ni berlainan dari trip aku yang sebelum ni. tak tahu lain kat mana tapi dulu aku ada masa untuk shopping. kali ni tadak. shopping kat air port je di mana harga milo ais ialah rm 3.50. shettt…deemit. tapi yang kelakarnya, perfume murah pulak. hoh. sesampai je kat sana, terus kena gerak. tak sempat rehat langsung. aku ingat ada la mati kutu aku kat sana, tapi aku dapat guna transport 4 wheel drive. wah, bleh gi jalan. tapi akhirnya, mati kutu gak sebab kebanyakan tempat tutup awal. so, melangu dalam bilik aje la.

masa last day, orang atasan aku tanya. aku ni minum ke? sebab dia nak bawak aku pegi karaoke. enjoy. aku jawab la iye. sebab selama ni aku memang minum.

minum sirap, teh ais, bandung dan sebagainya. tiger ke gajah ke hape tak la pulak. jadi aku decline aje la. lagipun aku mengantuk ya’amat. tu pun wat beriye je aku tido awal sebab masa check in, minah kat counter tu cakap flight delay. ceh. melangu aku kat air port tu. seb baik budak yang jaga cafe kat air port tu lawa. ble mengorat sket-sket. he he.

aku agak, dalam perjalanan bleh la tido. sekali aduh…memang tak ble bla. terjegil mata aku disebabkan insiden yang memang hampeh. tapi apa bleh buat. takkan aku nak pegi tampo.

diharap next time dapat pergi lagi. pergi tempat lain ke. ok sket. dah, tu je. tanak meleret-leret. nanti jadi karangan srp macam pangga buat tu. aku nak pegi tanam kucing mati kat belakang rumah ni. bau dah macam syal dah ni.

2 thoughts on “seberang

  1. shetttt…
    ko yg tensen.. aku plak yg kene ramas tahik?
    demet.. penat jek aku letak mayat kucing kat atas kerusi ko tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *