cari pasal

bahasa dalam post emo ni tak sesuai untuk budak di bawah umur 9 tahun

dah nak pukul 7 lebih, tapi aku masih duk kat atas krusi memandang skrin. sebelum biol, kasi otak rilek sket, aku tulis le entry ni. apa bleh buat. nak tak nak, aku terpaksa handle kerja migration ni sorang-sorang. dah masuk seminggu dah ni. rekues dari orang besar nak aku buat keje ni sendiri. nak suruh bende ni masuk jadi personal project aku lah kut. takpelah, aku tak kisah. dah arahan, kita ikut aje. kite ni kuli. tapi, ada satu aje la yang aku kurang puas hati.

beberapa minggu lepas, supervisor aku kat sabah duk sound aku, salahkan aku atas itu dan ini. dia punye salah tak nampak. katanya aku tak setelkan ada satu kerja tu bebetul. hek eleh, bebulu plak aku. aku stay up sampai ke pagi duk pikir natang tu. dengan knowledge yang kosong pasal natang tu, aku terpaksa cari sensorang info pasal benda tu, tanpa ada sorang pun bleh bantu aku. pung pang sana sini, back and forth, ketua aku dan supervisor aku kat kl datang, bekap aku. mamat supervisor tu kena sound abis-abisan lah. mamat tu rupenya yang tak reti guna. untuk setelkan semua, ketua aku suh aku pegi buat training kat seberang pulau dengan mamat tu. ok, tak kisah lah, fine…

tapi kat sana, apa lancau pun dia tak ajar aku. aku terpaksa rely dengan orang-orang lain untuk dapat info. dengan plant manager, dengan site engineer. yang dia tahu cuma duk senyap je sensorang. takde sit-down discussion. tanya sepatah, jawab sepatah. guide ke hape takde langsung. sabar je lah. nasib baik ada member satu kompeni yang aku baru kenal kat sana sapot aku. lepak memalam kat mamak, bincang. untuk sum up aku punye training, gagal. kebanyakan info yang aku dapat, aku terpaksa korek sendiri, sorang-sorang. apa punye lancau training ni? tikus mondok pun bleh buat. mana dia guide aku? mana dia orang yang boleh kasi aku info? mana dia orang yang akan tunjuk bende kat aku?

tahi.

dengan data yang separuh tu, aku balik ke kl, dan tulis report. buat presentation. aku tak seronok sebab tak extensif langsung disebabkan info yang aku dapat tu average aje. takpe, aku sabar lagi. pastu tadi aku dengar dari member aku kat admin, yang mamat ni macam tak puas hati kat aku je. sial. apa puki ni. bile plak aku kacau ko? apa kau nak cucuk aku sampai aku resign ke? apa aku ni opress kau punye ‘sahabat’ ke? kamon la wei, professional la sket. bacul la main tikam belakang ni.

tadi dengan masa yang aku guna untuk rehat ni, aku type satu e-mail yang detail. aku masukkan semua benda yang aku rasa nak dikeutarakan. habis semua aku letak dalam tu. sender boss aku dan aku cc kat semua orang. pastu aku save as draft. aku tau, dia ingat aku timid dan dia akan mengorak langkah lagi. aku tunggu langkah tu. bila dia buat hal je, aku terus tekan butang send. aku sedar, dengan tersebarnya e-mel tu, implikasi dia sangat besar. tak tahu dia akan berpihak pada siapa.

tapi, bak kata afdlin shauki dalam citer sumolah dia tu, “nokotta”. you never know who’s gonna win because anything can happen. secara kesimpulannya, aku tak kisah kalau dengan implikasi yang ada, aku jatuh ditembak. at least aku tahu yang aku berjuang habis-habisan. tak macam mamat tu, pukul curi dari belakang.

dah, tu je. sekian emo aku untuk hari ini. nak balik rumah, makan puding mangga dan tido.

2 thoughts on “cari pasal

  1. slamat datang kealam emo..
    yakinilah kasih.. kita akan dapat bersama…
    wooo wooooooo… ohoooo…
    gua pun slalu ada problem cam lu gak.. tp tak teruk la.. tp gua senang jek.. slagi tak kaco boboto gua.. gua tak kaco “adik” die.. klu die buat bangsat kat aku skali.. aku akan balas 100 kali bangsat… ghagagaahshalkda.. apa punya gelak aku taip nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *