tidak jumpa

semenjak balik dari seberang pulau, makin banyak pulak work load aku. tu tak termasuk kerja yang personal. ermm…takpelah. layan kan aje. anyway, haritu aku sempat cari waktu terluang untuk tengok wayang dengan teman. kiterang layan citer rush hour 3. yah, holiwud dan sekuel-sekuelnya. tapi enjoy gile la tengok cite ni. lawak nak mampos. ada la sampai mengalir air mata tu duk gelak. teman pun enjoy gak. ya, sama-sama enjoy. direkomen untuk korang tengok cerita ini.

pada pendapat aku, orang yang duduk kat area metropolitan ni, khususnya kuala lumpur, risiko untuk kena sakit jantung ke darah tinggi ke memang tinggi. kalau berenti isap rokok macam pangga tu pun, still kena gak. lol. aku rasa, mungkin sesekor dah keracunan otak sebab makan asap tetiap ari. ada la semalam aku dengan teman nampak satu accident kecik. pintu kemek kut rasanya. aku bajet, keta ni nak buat u-turn tapi dan-dan kete belakang langgar pintu side driver dia. ataupun diorang tengah racing ke, apa lanch ke.

yang gilenya, bukannya diorang turun dari kete salam, pastu mintak insurance details ke hape, tapi bertumbuk. sakan abis la. siap tendang-tendang pintu, nak rampas kunci la hape la. orang-orang kat sekeliling duk tengok je. takde nak leraikan. samale dengan aku. benti tepi jalan jap tengok drama. ah, sayangnya henfon aku takde night vision. lol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *