teater sepi

memang blank. apa yang akan korang buat, kalau termengalami situasi yang seperti ini. katakanlah korang kenal sorang member nih. bagi dia nama ‘abc’. dia bekerja sebagai seorang wartawan. bekerja undercover kat sebuah kompeni besar dengan harapan untuk dekat dengan boss besar, kumpul rahsia dia dan akhirnya membongkarkan rahsia boss kepada media. dimana tindakan ‘abc’ itu akan sekaligus memusnahkan karier dan hidup boss tersebut.

alasan ‘abc’ untuk memusnahkan karier boss tu adalah kerana menganggap bahawa boss tu telah berkonspirasi membunuh kawan baik ‘abc’ nih dengan kejam. tetapi pada akhirnya, rupa-rupanya yang membunuh kawan baik ‘abc’ itu adalah ‘abc’ sendiri kerana tidak tahan dengan perangai kawan baiknya yang selalu mengugut ‘abc’ sebab pada waktu dahulu, dia ternampak ‘abc’ dan emak ‘abc’ membunuh ayah ‘abc’ lalu menanamnya dibelakang rumah.

alasan ayah ‘abc’ dibunuh? mereka tak tahan lagi didera. kita sangkakan ‘abc’ seorang yang innocent tetapi berdarah sejuk (cold blooded. lol), kerna dengan selamba kataknya membunuh kawan baiknya dan juga seorang rakan lelaki yang telah mengantoi ‘abc’ kerana ‘abc’ masih belum mahir membuat modus operandi ‘the perfect crime’. setelah membunuh, dengan selambanya dia berlakun innocent dihadapan pihak berkuasa. bagaimana? camna mahu buat?

ah, tak payah buat apa-apa pun sebab tu adalah jalan cerita dan ending untuk movie ‘the perfect stranger’ lakunan halle berry dan bruce willis. woot woot! bagi sapa yang tengah bercadang nak tengok cerita ni padan muke sebab aku dah kasi ending. tapi kalau korang nak gi tengok, gi aje la. layan. halle berry tuh. hehe…seb baik aku sempat layan citer ni dengan teman hari rabu lepas.

mungkin sebab kepala aku tengah pusing-pusing tadi lalu aku mengeluarkan kata-kata yang tak senonoh dari mulut aku. citer dia gini. tadi aku ada jumpe seorang ni, dia nak ke terengganu sebab nak melawat sedara dia yang sakit. adakah salah sebelum aku blah lalu mengucapkan kat dia “have fun?” emm…ya, memang salah. patutnya “jalan elok-elok” atau “kirim salam kat orang sana”. ciss…demit. sheaait. wtf is wrong? takpe, tadi dah mintak maaf.

ok ahh…nak tido kejap. sok nak kena masak untuk agenda berbuka puasa bersama sanak saudara kat rumah aku. aku buat ayam/daging/sotong bakar, sweet potato dan cendawan bakar. chalo.

:!:

2 thoughts on “teater sepi

  1. jom ramai2 gi umah ankel utk buka puasa :P citer perfect stranger tu ending dier tu unexpected betul. (sib baik dah tgk duuulluuuu lagi)

  2. emmm… abc kat mana yg sedap aaa??
    yg ada jagung banyak.. pastu kacang ada sket jek.. ada cendol ngan aiskrem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *