nostalgia

ada ketika hari tu, aku terasa amat bosan sebab takde apa nak buat. jadi, aktiviti yang biasa dibuat ialah tidur le, apa lagi. tapi…agak berlainan dengan suatu hari tuh. tatkala aku tengah pandang-pandang siling, aku teringat akan zaman-zaman aku kecik-kecik dulu. time tuu mana ada ps2 ke, ps3 ke, hape celaka lagi lah nama konsol game nih. takde 3d atau yang sewaktu dengannya. apa yang aku ada ialah, 8 bit.

konsol pertama yang aku ada ialah konsol atari 2600. dibelikan oleh ayahanda aku. kalau tak silap, ada lagi menatang ni dalam stor rumah aku. dibungkus rapi, masih elok, tiada calar dan still boleh run. pastu ada additional 3 catridges game. benda yang takde ialah joystick (dua-dua dah patah). kalau aku rajin, aku boleh buat mod controller untuk revive balik menatang tuh. tapi…well. ah, banyak gile game dalam tuh. naik pening la kepala nak pilih yang mana satu. game buaya lah, olimpik lah, dan sebagainya. aku suka game pac man dengan race aje time tu. memandangkan mungkin sebab senang kut. game ni merupakan pemangkin kepada aku dalam sektor perkomputeran sebelum aku dapat pc pertama aku, yang guna floppy 5 inci, monitor 4 kaler dan guna intel 8088.

bila masuk tahun lain, aku dikenalkan dengan dunia 8-bit. yessa. konsol sistem nintendo atau nes. time tu game popular dah tentu ler super mario. gile best. selain tu aku layan game contra dengan goonies. setback time tu satu aje la, catridges dia bapak besar pastu selalu ada ‘connection error’ dengan catridges tuh. heh, lain-lain, memang awesome. aku rasa, natang ni dah takde dalam collection aku. catridge ada lah satu. yang lain tak tahu ke mana. dulu-dulu kekadang adalah sampai kekadang tak tido malam sebab main game mario tuh. iyelah, time tuh mana boleh save level. kena main sampai habis. harga catridges agak mahal la ketika tu. tak mampu budak sekolah nak beli. jadi biasanya dapat ehsan ayahanda aje le.

pastu upgrade plak. masuk dunia 16-bit. time tu sega genesis nama sistem dia. haih, ni dia punya grafik lawa la sket. game famous time tuh dah tentu sonic the hedgehog. aku layan game tu, altered beast dengan streets of rage. time ni dah kaya sket. boleh beli catridge sendiri. banyak jugak improvement dari natang 8-bit tuh. dah tentu, kekadang malam minggu tak tido malam sebab asyik duk main game.

masa zaman 16-bit tuh, time tu aku dah dikenalkan dengan sistem pc intel 386/486. aku mula tertarik dengan windows 3.11 dan makin melupakan semua konsol-konsol game old skool aku tuh. satu-satu aku belajar. ram drive lah, dos command prompt lah, qbasic lah. hari demi hari aku tinggalkan semuanya dan lebihkan masa ke atas windows. iyelah, gambar lawa. time tuh porno tak keluar lagi rasanya dan memandangkan modem yang aku ada 36.6k, memang lambat nak download file yang besar. modem tu dah terbakar kut, kena sambar kilat.

nyeh. sampaile ke zaman teknologi dan it sekarang nih. banyak benar benda yang dah berubah. sama ada kita sedar atau tidak. sekarang masing-masing dah selaras dengan kemajuan teknologi. masing-masing nak keep up. takut jadi katak dibawah tempurung. kadang-kadang, nak keep up sampai terlupa akan ‘roots’ masing-masing. lupa akan sejarah. kadang-kadang kalau korang tengok iklan tv masa hari merdeka tu, kebanyakannya potray akan generasi masa kini yang mengingati akan sejarah mereka secara sengaja atau tidak dengan membaca, melihat atau mendengar (refer iklan petronas). tapi dalam realiti, ada ke camtu? ada kut tapi kuantiti sikit.

apa dei aku mengarut ni. mungkin sebab perut lapar pastu central aircond ni sejuk nak mampos. anyway, disebabkan aku teringat game mario dan sebagainya tuh, aku pun berusaha mencari game-game emulator tuh kat torrent dan hasilnya aku dapat main kembali game-game yang begitu nostalgik dalam diri aku ni menggunakan pc. game-game yang membesar bersama-sama aku. nostalgik. memang nostalgik. kadang-kadang kita perlu ingat, yang lama tak semestinya hampeh.

okeh, nak gi layan game dulu. chiow.

2 thoughts on “nostalgia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *