sampai

nyeh, sampai jugak natang pakej pos ni ke rumah. saja try-try kalau-kalau dapat something dari ubuntu. heh heh. tapi tak berusik la kut benda tu sebab anyway aku memang dah install satu dalam pc. donlot kat internet aje.

semalam member ‘belanja’ aku dengan teman berbuka kat eden chulan square. ada ke member sampai chulan square pun tak tahu kat mana. anyways, mata rambang habis tengok banyak benar makanan. cam biasalah, ‘ter’tamak sket aje, semua benda aku nak try. perut aku tak sempat nak telan ikan bakar dengan abc sebab dah full. aku ingat ada lobster, tapi rupanya tu pakej lain. ada tu baru ngam weh. heh heh. tapi ko kerek aaa, gi tunjuk-tunjuk meja depan tu pulak. nasib baik tak kantoi.

aku parking jauh sikit. so, lepas makan kena la jalan ke kereta. ada laaa satu insiden ni hampir terjadi masa tengah jalan tu. kalau ikutkan hati, nak aje aku terajang mamat yang bawak motor tuh. memang nasib baik gile lah time tuh. kene beringat lain kali.

oh ye, ada satu kompeni ni buat satu virus yang menyebabkan orang yang dijangkiti menjadi ‘tidak mati’. untuk mencari penawar, dia telah mengklon ‘askar’ istimewa ciptaan mereka dengan tujuan mencari penawar virus tersebut yang terkandung dalam darah askar tersebut tetapi malangnya tidak jadi. askar istimewa ini sangatlah istimewanya kerana mempunyai skill yang tinggi, kuasa psikik dan boleh dishutdown menggunakan satelit sahaja. wow…cayalah.

askar ini telah memberontak dan meninggalkan kompeni itu lalu berkawan dengan pihak pembangkang dan menolong mereka menyelamatkan diri. akhirnya askar ini terjumpa dengan klon-klon dia dan menghidupkan semua klon tersebut untuk menjadi rakan askar tersebut bagi memusnahkan kompeni itu. kesimpulannya, ramai gila pelakon tambahan yang mati dalam cerita ini.

sekian spoiler untuk cerita resident evil: extinction. padan muka sapa yang baru nak tengok. he he he…

3 thoughts on “sampai

  1. hehehe..tak terlintas chulan square tu kat mana..bukan tak tahu..sape suh ko buat buat lupa..kan dah tunjuk tunjuk..

  2. sib baik i sll tgk movie sblum u tulis blog spoiler. hehehe! :lol:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *