rumah terbuka

amacam raya masing-masing? ada ok? aku well, biasa aje. hujung minggu penuh dengan open house. save budget makan tengahari dan makan malam aku. huh huh huh. anyways, semalam ler aku terperasan sesuatu. aku pergi shah alam sebab ada hal sikit kat sana. untuk makan petang, aku singgah le mcdonalds kat seksyen 3 tuh. aku tengok ada la beberapa orang yang dressing lawa, pakai baju kurung dan sebagainya.

aku bajet, ni mesti baru balik dari open house ni. kata pegi open house, apasal sambung makan kat sini? ahh…mungkin tadi kat open house, makan nak cover-cover. bersopan santun. takut takde jantan nak mengorat. last-last sebab nak cover ayu, makan tak kenyang. lalu kena sambung makan kat mcdonalds. lol. sungguh kelakar. oleh itu, kalau dapat invite open house tu, toksah lah cover jambu ke, cover ayu ke. makan aje lah sampai kenyang. orang memberi, kita merasa. ok?

aku pun ada gak terasa nak buat open house. mungkin hujung minggu ni. biasa tetiap tahun aku buat. tahun lepas ada pari bakar. tahun ni aku nak tambah satu lagi. cendawan bakar. yeahh…

oh, ok, ada satu kisah sikit nak kongsi. ada sorang penulis buku nih. dia menulis pasal hotel berhantu. ada satu hari tu, dia dapat tahu pasal satu hotel yang bernama hotel dolphin yang mempunyai bilik bernombor 1408. bilik tu patut bernombor 1308 tapi sebab tingkat 13 hotel tu ditukarkan ke tingkat 14 (sila rujuk artikel ini ye anak-anak). bila dia nak check in kat bilik tu, manager hotel tu pujuk dia supaya jangan tinggal kat bilik tu.

penulis tu berkeras nak tinggal kat situ. manager tu cakap yang takde siapa boleh tahan duduk kat bilik tu selama sejam. manager tu pun cakap yang bilik tu aura dia tak betul dan boleh menyebabkan sesiapa yang tinggal kat situ depress dan lalu bunuh diri. manager tu menegakkan teori dia dengan memberi penulis tu semua data mengenai kes kematian kat bilik tu dimana kes pertama ialah dengan manager pertama hotel itu membunuh diri dengan terjun dari tingkap. tapi lepas penulis tu berkeras, akhirnya manager mengalah dan memberi penulis tu kunci.

alkisah bila penulis tu tutup aje pintu, segalanya bermula. jam radio di sisi katil jadi tak betul dan menunjukkan countdown selama sejam dimana ia menandakan bahawa takde siapa boleh tahan duduk kat bilik 1408 tu selama sejam. pelbagai kejadian aneh berlaku macam bajir dalam bilik, salji, tingkap tertutup sendiri, dinding pecah, tak ada bilik lain di sisi, berjumpa kembali dengan anak dia yang dah mati dan sebagainya. bilik itu menyebabkan penulis itu berhalusinasi bermacam-macam perkara. apabila dah tak tahan lagi dengan bilik itu, penulis tu cuba contact bekas isteri dia menggunakan webcam yahoo messenger di laptop yang mempunyai signal wireless.

laptop itu begitu hebat kerana ia mampu berfungsi walaupun dalam keadaan salji. wow. anyways, akhirnya sebab tak tahan lagi dengan gangguan bilik tu, penulis cuba membakar bilik tu dengan membuat molotov cocktail. penulis terselamat apabila bomba sampai tepat pada waktunya. kejadian ini merapatkan kembali penulis dengan isterinya. masa dia tengah menyiapkan bukunya, dia terjumpa tape recorder kepunyaannya yang terselamat dalam kebakaran bilik hotel tu. dia cuba memainkan semula tape itu dan terdengat suara dia berborak dengan anaknya yang dah lama mati. isterinya terdengar suara itu dan mempercayai suaminya dimana bilik 1408 itu memang berhantu.

ok tak? itulah dia jalan cerita dan ending untuk cerita 1408 yang aku tengok haritu. ha ha ha…padan muka bagi sesiapa yang belum tengok. okeh, chaloh.

4 thoughts on “rumah terbuka

  1. bodoh juga gi open hse tak makan kenyang2. Tp adik i pon buat mcm tu, sblum kuar ngan boipren, dier makan skit kat umah dlu, baru kuar makan ngan bf..sbb tanak nampak gelojoh. Tahik kerbau betul!

    kalo ada open hse, jgn lupa ajak tau! Cendawan mana yg u nak bakar itu? hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *