prison break

gini kisah dia. ada 2 penghuni sel di suatu kawasan. ia merupakan kepunyaan teman. sel tersebut agak besar dan diperbuat daripada kaca dan agak berat kerana dipenuhi batu. suatu hari, sel tersebut terpaksa dibersihkan kerana sudah kotor. sementara dibersihkan, penghuni sel tersebut harus ditempatkan di kawasan sementara.

apabila sel tersebut sudah dibersihkan, teman menyedari bahawa satu penghuni sudah melarikan diri. hilang dari pandangan. agen-agen dikeluarkan dari tempat simpanan untuk mencari penghuni yang melarikan diri itu. setelah berhempas pulas selama 30 minit mencari sehingga seorang agen terkena selumbar dari duri pokok, akhirnya penghuni itu ditemui sedang melarikan diri di dalam longkang.

penghuni itu agak laju gerakkannya kerana mampu bergerak begitu jauh. tetapi dia tidak sehebat michael scofield kerana berjaya ditangkap oleh agen yang begitu terlatih seperti alexander mahone. badan agen tersebut agak sakit sebab terpaksa bercangkung lama. dibawah adalah gambar penghuni sel yang cuba membuat prison break tersebut.

sekian, terima kasih.

2 thoughts on “prison break

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *