pusing atas

sekarang ni musim sakit eh? macam-macam jenis sakit aku tengok dan setiap kali aku tengok, aku mesti akan sample sakit tu. dalam kata lain, berjangkit laaa…adeh. haritu demam, pastu batuk, pastu selsema. sekarang ni aku sakit dada. entah kenapa lah. sakit kepala dah mesti sebab aku ada migrain. ish ish ish…

kalau nak diikutkan, awal aku bangun pagi ahad ni. mungkin separuh disebabkan aku tengah bermasalah sekarang dan separuh lagi, nanti aku nak pergi cameron highlands. ada kenduri. tapi itulah, keyword dilebihkan kepada masalah. tapi dalam dunia ni, aku tengokkan kau, kau tengokkan aku dah takde. ia lebih kepada kau punye hal, aku punye hal. heh, biasalah. siapa lagi nak kesiankan diri sendiri kalau bukan kita.

semalam nasib baik ada kedai tayar masih bukak. kete akak aku pulak buat hal. dulu cermin kena pecah, sekarang tayar bocor pulak. entah apa la pulak akak aku duk buat ni sampai gitu sekali. ni yang membuatkan aku lebih teruja untuk beli handgun. takpe-takpe. aku dah separuh jalan dah ni. tunggu lesen siap aje.

oh anyways, ada satu bandar nih. mula-mula ok aje. orang bersuka-ria, berparti sekali secara tiba-tiba kena serang dengan satu makhluk yang persis dinosaur. habis semua benda rosak. pihak tentera berusaha nak bunuh makhluk ni. akhirnya semua mati kena bunuh. mungkin kena nuklear kut? itulah jalan cerita cloverfield. ha ha ha haaaa…

serius pening kepala. kamera goncang-goncang ala blair with project. menunjukkan insiden buruk yang berlaku menerusi lensa kamera seseorang. keadaan bandar new york diserang makhluk yang dikatakan bahan ujikaji. sambil tu, ia juga menceritakan mengenai relationship dua pasangan yang ceritanya dioverlapping dalam kamera video tu yang pada akhirnya mati bersama-sama.

mengenai perjalanan seorang lelaki untuk menyelamatkan bekas kekasihnya di bangunan yang telah rosak dimana dalam perjalanan tu telah menempuhi pelbagai kejadian-kejadian yang buruk semasa untuk menyelamatkan diri. habisnya tape kamera tu, habis lah cerita. ada 2 jam kut? apa la j. j. Abrams pegi produce cite gini. sapa yang nak tengok pegi la tengok. patutnye masa beli tiket haritu, aku cakap cerita ‘sweeny todd’.

3 thoughts on “pusing atas

  1. aku tgk kamera cam tu pun aku dah malas nk g tgk..
    baik donlot 3gp!!! kamera tak la gegar2 cam tu sangat kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *