Press "Enter" to skip to content

Month: September 2008

combo view

lama tak buat spoiler. jadi, meh aku kasi dua bijik sekaligus. aku start one by one. satu dysfunctional family dengan seorang anak lelaki yang psycho disebabkan pressure dari kawan-kawan dan keluarga. jadi pembunuh bersiri dan bunuh semua orang yang ada. bila dia dah besar, escape dari hospital sakit jiwa sebab nak cari adik perempuan dia. akhir sekali lepas bunuh macam-macam orang, tolong adik dia bunuh dia. tu lah dia halloween.

emm…doktor-doktor forensik. doktor yang buat bedah siasat. aku ada lah kenal beberapa member yang jadi doktor camni. well, sorang mamat ni join kumpulan doktor bedah siasat dimana permainan diorang ialah cari satu mangsa dan bunuh mangsa tu dengan taktik forensik untuk mencipta perfect crime. lepas tu bawak mayat atas meja dan ahli-ahli lain akan bedah siasat untuk kaji camne mangsa tu mati. last sekali, semua mati. itulah pathology.

ha ha ha…itu aje. byep.

Leave a Comment

info berguna #1

eh eh…lama tak buat posting. tahukah anda masa apa sekarang? yaa…betul. masa untuk copy pastaaaaaaaaaa!!!…

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kuantiti yang sederhana mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di kasino Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

1 Comment

basah kuyup

tengah lepak dengan kawan-kawan, aku tertidur. bangun adalah dalam pukul 3 gitu. lapar la jugak. lepastu arip ajak bersahur sekali. so, aku cadangkan pergi ss2 lah memandangkan masih-masih dah ada kat area tuh. cam biasa lah ss2 murni. kalau pergi sana time-time macamni, memang bersahur sambil cuci mata ler.

tapi ada satu benda aje yang tak best. tengah tunggu air minum sekali mamat yang bawak air tu pergi tumpahkan teh ais atas peha aku. nasib baik teh ais. kalau kopi panas? ada yang kena pelempang pagi-pagi buta tuh. well, huh, at least aku dapat diskaun dari tokei kedai. he he he. ok ah?

2 Comments

bising jap

kalau kau nak minyak wangi ke, baju ke, barang elektronik ke dan apa kejadah yang lain, suruh la boifren kau belikan. nak bertenggek kat aku mintak aku belanja buat apa? bazir duit aku aje. ingat aku bank negara?

okeh, dah itu aje. he he

/rant

Leave a Comment

cucuk

bulan lepas, sebab taktahu nak buat apa, aku pergi tengok cerita susuk. aku tak layan wayang cerita melayu kalau ikutkan (lol, berlagak). tapi entah, mungkin sebab ikut teman tengok. tak tahu le sebab aku banyak tido dalam panggung atau skill seni aku dah tak ada. sebab aku kurang faham sikit cerita susuk ni. canggih sangat.

lepas aku mengkaji sedikit sebanyak, baru aku tahu yang cerita ni terbahagi kepada dua timeline. dahulu dan kini. pawang super tu tengah mencari badan baru untuk ida nerina. jadi bila terjumpa budak muda tuh, dia tangkap dan buat apa upacara untuk transfer body. entah, gitu la gayanya. ha ha ha.

dah, sekian spoiler dari aku.

Leave a Comment