huru hara

pepagi lagi aku disibukkan kena pergi office client, setelkan sesuatu mengenai kontrak services. aku terpaksa stay kejap sebab ada issue nak kene setelkan. dah habis kat situ, kena pulak pergi kementerian kesenian, nak kena jumpa sorang mamat kat situ. memandangkan tempat tu dekat maju junction, lepas setel kerja, aku pergi jalan-jalan makan angin kat area situ kejap. pegi sogo, pegi pertama kompleks.

masa aku kat dalam pertama kompleks, adalah ternampak beberapa kedai jual kasut. teringin macam nak beli kasut baru aje. baju ada, henfon pun ada jugak. tapi time tu tak teringin nak beli benda tuh. tapi al-kisah, aku termasuk satu kedai nih. memula nak tanya-tanya harga saja. tapi sebab apek tu dah kurangkan dari 1000 sampai jadi 600, aku teruja. tak tahulah betul ke tidak, tapi…last-last aku ambik jugak. takpelah, nanti aku saving lah. keh keh kehhh…

sekarang ni, pantang nampak offer item lain, manjang nak bukak wallet aje. ciss…bahaya nih. btw, sekarang aku tengah nak try fesyen baru, yakni facial hair. aler, misai lah. ni semua sebab minggu lepas aku pergi rumah bonda kat kuantan, pastu pergi la minum kat kopitiam lalu ternampak gambar siti dengan datuk k. lalu aku membuat keputusan untuk membela porn star ‘stache ala-ala datuk k. ha ha ha ha…mesti ada orang tak suka nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *