reverse dns dan mid term


slimer, sasa dan galeri

uh…mid term aku dah start la. koh koh koh. lepas mid term, ada cuti seminggu. last week sampai dua orang tetamu datang rumah aku. memula nasri datang kl jalan-jalan buat road trip dia. tension dengan result exam katanya. disebabkan aku dengan boss dan bersara clubbing, jadi aku bawak dia jalan-jalan tempat baik aje lah. pergi tengok spiderman 2, pastu bawak dia pergi nokia starlight cinema, makan roti tisu panjang nak mampus dan macam-macam lagi lah. tapi kalau dah datang rumah aku, tak sah la kalau tak merasa kehebatan broadband rumah aku…kah kah kah. habis semua bende nasri try. dari home network sampai bluetooth. nasib baik wireless tak pasang lagi. cumanya aku tak sempat nak angkut dia pergi shah alam jumpa bebudak kat sana. manai pulak tak balik rumah. kerek syal. takpe le kot. pastu sedara aku datang dari uitm segamat. tak sempat nak bawak dia jalan-jalan kl. cuma pergi lepak kat kedai mamak pastu makan tom yam kat rumah aku. mungkin lain kali la kot. sori aa yek fadli.

petang tadi lepas kelas, aku lepak rumah member aku. dia beriye ajak makan kat rumah dia sebab dia nak masak. aku ingatkan mamat ni takde le hebat sangat memasak, rupanya hussler. peh. canggih betul member aku ni. disebabkan dia hussler, aku pun ajar le dia resepi sambal kentang ikan bilis aku. kenyak jugak le aku makan tadi. best rupanya kalau masak sendiri ni yek…hehe. lepas makan, layan cerita smallville season 3 final. sungguh tak diduga ending dia…hu hu.

baru-baru ni aku buat deal dengan telekom untuk dapatkan reverse dns majlis olimpik. tunggu dekat dua minggu baru tmnet nak balas e-mel aku. tapi agak berbaloi la menunggu sebab akhirnya diorang kasi aku kontrol reverse dns ip diorang. baru je petang tadi tmnet delegate nameserver ke ip. ha ha ha…sungguh best. habis le aku bereksperimen nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *