broken glass

hanjeng sungguh. aku tak perasan pun memula. malam sebelumnya, adik aku balik rumah dalam pukul 3 pagi. dia tak nampak apa-apa. waktu pagi, dalam pukul 7 lebih, aku keluar cari sarapan. bila aku nak parking kereta aje, aku baru perasan. cermin kereta akak aku dah pecah.

memang hanjing. aku tak tahu nak saspek sapa. ramai pulak orang dengki kat aku kat sini. bulan lepas, wiper kereta aku kena bengkok. kali ni, cermin kereta akak aku pulak kena pecah. tapi yang bestnya, takde apa yang hilang. mungkin sebab radio kereta default. aku nak tuding jari je tadi, tapi malas la. kang lain pulak yang jadinya.

yang paling best, jiran belah kanan aku boleh buat dekk je. dia duk cakap-cakap depan rumah aku, tapi takde pulak nak ketuk pintu kasi tau yang cermin kereta dah kena pecah ke ape ke. ade yang nak kena luku kepala ni nanti. tapi…apa boleh buat kan. lepas aku teman akak aku pergi buat report polis, kiterang pergi cari cermin baru. nasib baik rm90 je. heh…

One thought on “broken glass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *