mandi sungai

minggu lepas aku tak buat apa-apa. gile bosan. disebabkan bosan, aku ajak teman aku pergi mandi sungai. kat mana? sungai gabai. ye, sebelum ni aku pernah ada experience mandi kat sini. semuanya ok, cuma…ya ampunn…tangga untuk naik ke atas tu memang tak boleh bla. tinggi nak mampus. sampai semput aku.

adalah sebelum ni member-member aku naik tangga ni sampai termuntah-muntah. apa la barang. aku? cume kaki krem, pastu semput sikit. tapi, berbaloilah aku mendaki sampai ke atas nun. tempat dia memang bersih lagi. cuma toilet je yang macam celake. terpaksa aku tukar seluar kat tempat open. abeh orang nampak spender aku. lol.

satu yang best kat sini, dia punye air terjun. memang sedap. kalau duduk kat bawah air terjun tu, kebarangkalian ikan melompat kat kepala korang memang tinggi. satu lagi dia punya ‘gelongsor batu’. fuhh…bersuperman aku kat situ. memang layan. kalau aku tak busy lagi, mungkin aku nak pergi mandi sungai lagi. kat sungai congkak ke. fuh…layan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *