cair

aku kadang-kadang terlupa. terlupa itu, terlupa ini. jadi untuk mengelakkan daripada terlupa, aku selalu letakkan barang di tempat yang aku boleh nampak dan senang capai. jadi, takdelah tertinggal ke, hilang ke. bende yang menjadi salah satu subjek kat sini ialah kad akses aku. aku tag kan sekali dengan kad touch and go untuk memudahkan aku dan tempat yang aku suka simpan bende ni ialah dalam kereta, yakni glovebox.

alkisah satu hari tuh. aku guna kad akses tapi terlupa pulakk nak simpan dalam glovebox. akibatnya? pendedahan 4 jam kepanasan terlampau menyebabkan kad aku cair sikit. boleh la nampak gegelung elektromagnet kat dalam tu. oh, kad touch and go aku pun cair gak, tapi bleh guna lagi. heh, nasib baik. kalau tak burn duit dalam tuh. moral dia? lain kali jangan lupa dan sila beli tinted cermin yang paling mahal.

sekian, terima kasih.

2 thoughts on “cair

  1. touch and go tu tahan lasak gak, i nyer dah kena jemur, dah masuk washing machine, dah terlipat dua…tp leh pakai gi..haha :P

  2. nampaknya ko mmg ada nur.. nuraka… hahaha.. sebab tu kat mana2 pun panas… tu la.. tp 2girl1cup lagik… dah tu kasi kat aku plak tuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *