Press "Enter" to skip to content

Month: June 2007

takde ape

pepagi lagi aku dah pening kepala. tak tahu pasalpe. aku malas telan penedol sebab aku tak suka penedol. jadi aku cari ‘alternatif’ lain.

eniwei, hari ni aku nak cerita pasal bende lain. semalam aku pergi kelana jaya. memandangkan ada public transport, aku naik tu je lah. masa beratur, aku kurang selesa dengan orang yang beratur kat belakang aku ni. asyik merungut yang public transport tu sampai lambat.

hek eleh mamat ni, nak merungut buat ape. kalau mendengus sampai 100 decibel pun bukannye boleh jadi ape. diorang dah program natang transport tu untuk bergerak pada halaju yang tetap. nak buat drift pun tak boleh. apalah salahnya sabar dan tunggu natang transport tu sampai. len kali kalau nak cepat, datang le cepat. jangan lambat.

2 Comments

tak padan

tiba-tiba hari ni aku berdisiplin dan datang awal. sebab aku datang awal, kena tolong open lah. tapi awal-awal pun, aku masih tak sempat nak beli nasik lemak makcik kat depan mni towers tu. asyik sold out je. mungkin aku kena rezeb awal-awal kut ataupun call makcik tu dulu. lol. anyway, agak bosan hari ni sebab semalam tugas aku dah selesai. hari ni aku cuma kena buat benda-benda minor je macam setting atau kerja admin. aku tak kisah kalau boring ni sebab aku boleh lepak-lepak tengok burung terbang kat luar, tengok awan ataupun main chatting. heh heh.

sambil lepak-lepak layan chatting dan layan forum, aku terperasan satu benda. suke benar orang dengan nick baby. ada yang letak baby_comel ada yang letak baby_cool dan bermacam-macam baby lagi. kadang-kadang menyampah le jugak aku tengok. bukanle aku nak kondem, tapi lepas tengok muke mereka yang menggelarkan diri ‘baby’ tuh, adeh…takpe lah kan. patut masa pilih nama tu harus berdasarkan usia.

well, tapi, aku agak, setiap orang ada citarasa masing-masing. tapi, antara citarasa dengan perasan lain tau. he he. no hard feelings.

2 Comments

habbo-ing

yeap. aku sekarang tengah layan benda ni. habbo. actually aku layan pun sebab astro dah 20 kali advertise menatang ni dalam satu hari. jadi aku rasa, kena pegi tengok gak le apa yang ada kat sini. kuite nais. chat room tapi dalam bentuk simulation. bukan simulation lawa, tapi dalam bentuk pixel graphic. kelakar pulak aku tengok. banyak room yang korang boleh visit kat situ. jumpa macam-macam jenis orang. nak jadi pervert pun bleh kut?

so, anyway, kalau nak layan, pegi www.habbo.com.my dan cari id aku iaitu ‘zoidys’. sekian terima kasih.

1 Comment

tak fantastik

punyelah pening semalam sebab kena buat something tapi akhirnya aku dapat siapkan dengan syabbash kerja aku tu. habis awal, so ada waktu free. oleh sebab itu, sebab ada waktu free, aku ajak teman pegi tengok citer fantastic 4. orang ni kata best, orang tu kata sedap. aku tak mau dengar cakap orang, jadi aku pegi tengok sendiri.

masa wayang start aje dah tak sedap. aku dengan teman dah bengang. sound system tgv macam sial. ada dekat 10 minit silent pastu baru ok. bodoh tgv, membazirkan duit orang aje. hu-ha dekat 2 jam lebey, bile keluar aje kredit citer tuh, barulah aku merasakan yang cerita tu tak best mana pun. sungguh hancur jalan cerita dia. harapkan jessica alba aje ada tu pun tak gempak mana. hish, pulangkan balik duit aku…waaa…

kesimpulannya, baik korang tengok shrek 3 lagi best. at least kalau tensen, bleh gelak-gelak. lol.

3 Comments

surface

i just saw this (ya ya, i know…old news. who cares?). that stuff is amazing. i saw the technology on minority report and then out comes this. so cool. computing seems easier. i want it when it comes out. i want it now (well, if i were able to get it lah).

read more: www.microsoft.com/surface.

Leave a Comment

melayang

aku rasa, sepanjang aku bawak kenderaan yang beroda empat mahupun dua (biasanya empat), dah bermacam-macam gaya aku terai. pegang satu tangan, pegang handbrake, pegang bumbung sambil isap rokok dan yang paling best, pegang stereng dengan kaki sambil tangan betulkan tie. orang sebelah padang slek je. aku tampor karang baru tahu.

tapi, bagaimana pula dengan bawak kenderaan sambil mengantuk. huh huh. memang takble bla. mata bukak sebab terpaksa je. tu pun kuyu abis. seboleh-bolehnye aku nak pecut biar sampai rumah cepat dan terus ke katil kesayangan. tapi memandangkan aku dah tahu kat mr2 tuh otek bersepah walaupun dipagi bute, terpaksa la 70km/j.

dulu hampir-hampir le cium dengan divider masa on the way ke penang sebab aku dengan berlagaknya bawak kete sambil pejam mata. sempat 10 saat. heh heh. sekali driver dengan co-driver pun mengantuk abis. jumpa r & r, tido sampai pagi.

p/s: selamat hari bapa kepada heroku, bapaku dan slamat hari lahir untuk adik gua.

2 Comments

jam tangan

pembaziran adalah sesuatu yang perlu kita jauhi. semua orang termasuk jauhari yang mengenali manikam. dari membazir, baik korang belanja aku. tapi akulah kalau bab membeli ni, aku akan make sure untuk tidak melebey-lebey. beli apa yang patut aje sudaaa…jangan menyemakkan bilik aku untuk letak benda-benda yang mengarut. bukan le nak kata aku ni kedekut (kekadang, ok?), tapi bagi aku, dari aku beli benda yang tak guna, baik aku simpan buat nak pegi haji nanti. lebey afdal gitu.

tapi, lain pula masa dan ketikanya kalau aku dapat bargain yang best. harge yang berpatutan dan nak pulak ketika tu aku memang nak beli benda tu. memang aku sapu la dulu sebelum orang lain sapu. rugi eh jang. oleh sebab itu, disebabkan aku dapat bargain yang ngam best untuk jam seperti di gambarajah diatas, aku pun korek-korek wallet untuk bayar benda tu. lawa tak jam tersebut? berkilat bukan? jangan jeles ok?

untuk sapa tu? itu adalah untuk aku dan kamu

p/s: yes, i know i made a mistake…sorry…

Leave a Comment

mistik

agak pelik, tapi aku dah selalu alami perkara macam ini. kenapa ia berlaku waktu tengahari, aku pun kurang pasti. tidak dapat aku jelaskan kenapa. tapi, aku berusaha untuk gagahkan diri menghadapai perkata-perkata macamni.

benda tersebut muncul kat depan aku tanpa disedari. sebesar beberapa genggam tangan. berwarna putih dan berasap seperti kemenyan yang baru dibakar. baunya, huh, tak usah cakaplap. harum semerbak. aku tidak gentar. aku masih ingat ajaran-ajaran aku dahulu. selesai dengan itu, aku dipertemukan pula dengan pelbagai lapisan yang berwarna warni. merah, kuning, hijau, putih, oren, coklat dan bermacam-macam lagi. semuanya melompat ke arah aku. juga berbau harum. ah, aku tidak cuak. tidak sekali-kali.

aku cuba berjalan ke arah berlainan untuk mengelak lapisan-lapisan tersebut. aku tidak mahu terperangkap dalam benda-benda tersebut. tiba-tiba…

4 Comments

find out

wednesday, june 6th, 2007.

just a personal note to myself. excuse me while i laugh hysterically.

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha .

p/s: i’m not crazy.

Leave a Comment

tin kosong

nyeh. bosan.

tadi dari pagi sampai le ke petang, aku duk check e-mel, buat report pastu tengok mesin online atau offline. selain tu, aku duk main solitaire dalam pc. tapi takpe. walaupun bosan, i like it. mengantuk gile, tapi memang tak boleh tido la jack (nanti jatuh saham aku). jadi, aku boleh buat benda kedua yang aku suka. membaca. kadangkala, waktu makan tengahari, aku bukak buku, baca. diri dalam lif, bukak buku, baca. ataupun selain itu, aku bukak wikipedia, pastu baca satu persatu artikel. tekan sana sini. ntahle. bagi aku, seronok gamaknya.

so, pusing sini sana, aku terjumpa dengan link yutub ni. dia bagi cara nak tingkatkan kuasa signal wireless korang. pakai kadbod dengan aluminium foil je. sebab aku bosan ya’amat sangat, aku baru je buat menatang tuh (sila rujuk gambar diatas), tapi pakai kertas A4 sebab aku takde kertas keras. nampak cam sial je. aku tak test lagi camne peningkatan signal sebab aku nak menaip entry ni. karang aku cube lah. kalau tak jadi, aku bakar bende tu kasi hangus. ok?

1 Comment

pengiraan biol

aku boleh ignore, tapi aku tak boleh lari selama-lamanya. kecualilah kalau aku pegi pindah duduk kat marikh sana tu. memandangkan aku dah dapat surat dari ptptn, aku bukak dengan rakus menyebabkan kad bank aku bergegar. heh. statement. satu aje la yang aku marah ni. kata bayar bunga 3%, eh, bukan bunga dol, ‘yuran perkhidmatan’. tapi, tak mesra pelanggan langsung. website dah le slow nak mampos. sekali, bila aku tengok formula untuk jumlah bayaran bulanan (rajah diatas), hoh, macam nak buat add math. sial. nasib baik aku terrer kire-kire, tamau pakai calculator dia. keh keh.

ape la barang. kalau dia tulis siap-siap dalam statement tu, bape hengget kene bayar tetiap bulan kan senang. susah ke? aku bayar 3% untuk bodo-bodo gitu je ke? ceh. nasib jugakle dulu aku pinjam sikit je. boleh konsentret kat hutang-hutang yang lain. tapi, well, itulah dia. dah pinjam, tak dapek le nak liat bayar. hutang sikit-sikit aje sudaa…

Leave a Comment